Kalendar Lunar Cina
Kalendar Lunar Cina
Kalendar lunar Cina merupakan kalendar yang tertua di dunia, digunakan sejak 2600 Sebelum Masihi. Pengggunaan kalendar ini diperkenalkan oleh maharaja Huang Ti. Seperti kalendar barat, kalendar lunar Cina juga berasaskan pusingan tahunan yang mana permulaan tahun dimula berdasarkan pusingan bulan. Oleh sebab itu, permulaan tahun bagi kalendar Cina jatuh di sekitar bulan Januari dan Februari.
Satu putaran lengkap bulan mengelilingi bumi memakan masa selama 60 tahun dan terdiri daripada 5 putaran yang setiap satunya memakan masa selama 12 tahun. Kalendar lunar Cina menamakan setiap tahun berdasarkan 12 binatang.
Masyarakat Cina percaya bahawa setiap manusia yang lahir mempunyai pengaruh terhadap personaliti dan sikap berdasarkan binatang yang dinamakan pada tahun manusia tersebut dilahirkan.
Tikus
1924 1936 1948 1960 1972 1984 1996
Lembu
1925 1937 1949 1961 1973 1985 1997
Harimau
1926 1938 1950 1962 1974 1986 1998
Arnab
1927 1939 1951 1963 1975 1987 1999
Naga
1928 1940 1952 1964 1976 1988 2000
Ular
1929 1941 1953 1965 1977 1989 2001
Kuda
1930 1942 1954 1966 1978 1990 2002
Kambing
1931 1943 1955 1967 1979 1991 2003
Monyet
1932 1944 1956 1968 1980 1992 2004
Ayam
1933 1945 1957 1969 1981 1993 2005
Anjing
1934 1946 1958 1970 1982 1994 2006
Babi
1935 1947 1959 1971 1983 1995 2007
Hiasan Tahun Baru Cina
Sebelum sambutan Tahun Baru Cina, keluarga Cina akan menghias rumah dengan pasu-pasu berisi bunga yang sedang mekar berkembang, dulang-dulang berisi limau, dan juga dulang berisi 8 jenis buah kering yang manis. Di dinding dan pintu pula akan digantung dengan hiasan indah seperti puisi dan ucapan tahun baru yang dilukis di atas kertas merah.
Limau
Kebiasaannya bagi orang Cina, mereka akan membawa satu beg yang berisi limau dan angpau yang akan diberikan apabila melawat kawan dan keluarga sepanjang dua minggu sambutan Tahun Baru Cina. Mengikut kepercayaan orang Cina, limau yang masih mempunyai daun terlekat padanya membawa maksud hubungan seseorang dengan yang lain akan erat terjalin. Manakala bagi yang baru berkahwin pula, ini melambangkan hubungan perkahwinan yang terjalin akan mekar sehingga mendapat anak yang ramai. Limau adalah lambang kepada kegembiraan bagi masyarakat orang Cina.
Dulang manisan
Dulang manisan sama ada yang berbentuk bulat atau segi mempunyai pelbagai jenis manisan agar Tahun Baru dimulakan dengan penuh ‘kemanisan’. Setiap manisan dalam dulang melambangkan tuah yang tersendiri:
* manisan tembikai - melambangkan pertumbuhan dan kesihatan yang baik
* kuaci - malambangkan kegembiraan, kebenaran dan kejujuran
* butir laici - melambangkan ikatan kekeluargaan yang erat
* kumkuat (sejenis limau) - kekayaan
* manisan kelapa - keakraban
* kacang tanah - kehidupan berkekalan
* longan - melambangkan seseorang akan memperoleh ramai anak lelaki yang baik
* buah teratai - ramai anak
